Untuk wanita yang terlalu lama kuat untuk semua orang.

Mungkin sekarang masa untuk berhenti sekejap... dan beri ruang kepada diri sendiri.

Sertai sesi 2 jam untuk anda berehat dari kesibukan, memulihkan emosi dan kembali menghargai diri.

Mungkin kebelakangan ini, anda rasa...

Berhenti sekejap. Kali ini, fokus pada diri anda.

Terapi Stres Wanita memberi ruang 2 jam untuk anda keluar seketika daripada kesibukan.

Maklumat Program

Tarikh 30 Ogos 2026 (Ahad)
Masa 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi Masjid Al-Ikhwan, Taman Kuala Menggatal
Yuran RM30 sahaja

Apa yang anda akan terima?

Sesi Terapi 2 Jam

Ruang tenang memulihkan tenaga bersama fasilitator.

Reflection Journal

Buku panduan membantu anda refleksi diri.

7-Day Self-Care Challenge

Panduan membina tabiat menjaga diri.

Komuniti WhatsApp

Kumpulan sembang untuk sokongan berterusan.

Door Gift & E-Sijil

Tanda memori dan pengesahan kehadiran.

Kenali Pembimbing Anda

Nurul Fatiha Firdaus Roslan

Nurul Fatiha Firdaus Roslan

Pegawai Psikologi, Kaunselor Berdaftar, Career Coach
13+ TAHUN PENGALAMAN

Berpengalaman dalam bidang psikologi, kaunseling dan pembangunan kerjaya. Dalam sesi ini, beliau akan membimbing peserta untuk berhenti seketika, memahami emosi dan memberi lebih ruang kepada diri sendiri.

"Alhamdulillah, rasa seronok dan tenang sangat join sesi dengan Cik Fatihah. Beliau pandai kawal emosi kita supaya tak terus rasa tertekan. Pesan saya untuk kawan-kawan wanita di luar sana, janganlah simpan sorang-sorang derita tu. Luahkan je, dan menangislah sepuas hati kalau itu boleh ringankan beban. Jangan tunggu sampai mental kita sakit. Jaga diri baik-baik ya!"

Puan Linda Peserta Siri 1

"Paling best mestilah sesi luahan tu! Seronok dapat kenal kawan-kawan baru yang sudi dengar dan faham beban yang kita tanggung. Sekurang-kurangnya lega rasa bila tahu kita tak sendirian. Boleh sama-sama bantu naikkan semangat balik untuk teruskan hidup bahagia tanpa stres. Alhamdulillah."

Puan Siti Peserta Siri 1

"Melalui sesi ni, saya baru sedar banyak benda yang saya kena perbaiki dan kuatkan dalam diri. Memang satu pengalaman yang sangat buka mata dan berkesan!"

Puan Evelyn Peserta Siri 1

Soalan Lazim

Terbuka kepada wanita 16 tahun ke atas.

Hanya RM30 seorang.

Sesi bimbingan, perkongsian, dan terapi minda bersama fasilitator terlatih.

Hanya bawa diri dan alat tulis. Jurnal disediakan.

Jika anda rasa penat emosi dan perlukan ruang untuk berehat, ya, ini untuk anda.

Anda sudah terlalu sibuk menguruskan banyak perkara.

Sekarang, beri sedikit ruang untuk diri anda pula.

30 Ogos 2026 • Masjid Al-Ikhwan • RM30