Untuk wanita yang terlalu lama kuat untuk semua orang.
Sertai sesi 2 jam untuk anda berehat dari kesibukan, memulihkan emosi dan kembali menghargai diri.
Terapi Stres Wanita memberi ruang 2 jam untuk anda keluar seketika daripada kesibukan.
Ruang tenang memulihkan tenaga bersama fasilitator.
Buku panduan membantu anda refleksi diri.
Panduan membina tabiat menjaga diri.
Kumpulan sembang untuk sokongan berterusan.
Tanda memori dan pengesahan kehadiran.
Berpengalaman dalam bidang psikologi, kaunseling dan pembangunan kerjaya. Dalam sesi ini, beliau akan membimbing peserta untuk berhenti seketika, memahami emosi dan memberi lebih ruang kepada diri sendiri.
"Alhamdulillah, rasa seronok dan tenang sangat join sesi dengan Cik Fatihah. Beliau pandai kawal emosi kita supaya tak terus rasa tertekan. Pesan saya untuk kawan-kawan wanita di luar sana, janganlah simpan sorang-sorang derita tu. Luahkan je, dan menangislah sepuas hati kalau itu boleh ringankan beban. Jangan tunggu sampai mental kita sakit. Jaga diri baik-baik ya!"
"Paling best mestilah sesi luahan tu! Seronok dapat kenal kawan-kawan baru yang sudi dengar dan faham beban yang kita tanggung. Sekurang-kurangnya lega rasa bila tahu kita tak sendirian. Boleh sama-sama bantu naikkan semangat balik untuk teruskan hidup bahagia tanpa stres. Alhamdulillah."
"Melalui sesi ni, saya baru sedar banyak benda yang saya kena perbaiki dan kuatkan dalam diri. Memang satu pengalaman yang sangat buka mata dan berkesan!"
Terbuka kepada wanita 16 tahun ke atas.
Hanya RM30 seorang.
Sesi bimbingan, perkongsian, dan terapi minda bersama fasilitator terlatih.
Hanya bawa diri dan alat tulis. Jurnal disediakan.
Jika anda rasa penat emosi dan perlukan ruang untuk berehat, ya, ini untuk anda.
Sekarang, beri sedikit ruang untuk diri anda pula.
30 Ogos 2026 • Masjid Al-Ikhwan • RM30